Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat: Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". (Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979)
Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah satu diantaranya"
(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)
Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud bahawa, "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah (suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969).
Persoalannya sekarang adakah ibu bapa mempunyai kebolehan, pengetahuan dan keupayaan dari segi masa dan tenaga untuk menangani segala bentuk masalah dan fenomena yang muncul dalam sistem sosio-ekonomi masyarakat sekarang? Ibu bapa sebagai orang yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin anak-anak, mungkin menghadapi masalah dalam melaksanakan peranan mereka dengan sempurna kerana terdesak oleh hambatan hidup, contohnya ibu juga terpaksa bekerja di luar rumah.
0 comments:
Post a Comment